Saturday, 19 March 2011

MENCARI SAHABAT SEJATI

ku cari setiap penjuru...
di sebalik liku-liku...
begitu sukar untuk ditemui..
begitu sukar dijejaki..
dan begitu sukar untuk dicari...
sebuah sahabat sejati...

mungkin salah diri ini...
payah menjadi sahabat yang sejati...
hingga kini..
ku terus menjejaki di manakah dia yang ku cari...

benar kata guruku...
benarlah kata ibuku...
dan benarlah kata hatiku...
bahawa ..
sahabat yang benar sejati...
memang sukar di cari...

mereka pernah berkata...
sahabat yang sejati hadir seketika cuma....
kemudian pergi...
menjalani kehidupan diri sendiri.....
sahabat tetap dikenang
menjadi memori semalam...
telefon penghubung ikatan..
NAMUN....
akhirnya terputus kerana...
kehidupan...
sesungguhnya...
kemesraan seperti dahulu..
sukar untuk diputar kembali...

apa yang ada kini....
hanyalah sahabat sementara....
dimana sahaja diri ini berada..
sahabat ini tetap ada...
 mereka akan pergi setelah
dipisahkan oleh masa,...

yang ku cari kini...
bukanlah sahabat sementara...
ku mencari sahabat sejati...
buat teman sepanjang hayat...
tempat berkongsi segala duka...
yang tak mampu diluahkan dengan sesiapa...
namun...
semunya mustahil cuma...

tanpa sahabat sejati...
hati ini mampu menangis di dalam hati...
semakin diri mengawal tangis....
semakin hati ini terhiris....
ku ingin luahkan segala...
gelodak yang menghempas ketawa...
senyum yang menghulur kecewa....
resah yang menawan bahagia...

biarlah diri ini...
tetap mekar tanpa menemani...
walaupun...
terpaksa ketawa dalam tangis...
senyum dalam duka...
dan bahagia disebalik kecewa...
asalkan kesepian hatiku...
tiada siapa dapat membaca..
namun ku sedari..
aku tidak sendiri..
kerana ..
DIA lah yang setia menjadi sahabatku
yang sejati....

terima kasih apa yang telah KAU beri...
diriMU telah memudahkan segala perjalananku..
semoga suatu hari nanti
KAU akan mempertemukan aku dengan
Sahabat yang sejati di akhirat nanti.....


by: elly....

No comments:

Post a Comment