Friday 22 April 2011

Tak Selamanya Selingkuh Itu Indah



Kata orang selingkuh itu indah.. Apa yang indahnya selingkuh.?  tepuk dada tanya selera sajalah.





selingkuh dikatakan juga sebagai curang atau ada orang ketiga di antara dua insan yang bercinta.  Mengapa mesti SELINGKUH sedangkan kita ada orang yang menyayangi diri kita lebih dari segalanya.  Mengapa hendak bersikap TAMAK dalam bercinta?. Mengapa ada orang sukar untuk SETIA??...

Sesungguhnya apabila selingkuh berlaku, diri akan dirundang rasa bersalah kerana kita telah mengkhianati 'dia'.  Bahagiakah kita apabila bersama dengan orang lain hasil daripada PENGKHIANATAN kita terhadap 'dia'.  Mungkin kerana sifat hati kita.  Hati ini terlalu rapuh untuk menolak sesuatu yang baru dalam diri kita.....  Ya..mungkin kerana hati mempunyai ruang - ruang kosong yang perlu di isi oleh sesuatu yang baru.  Sesuatu yang kita sendiri tidak pernah harapkan.  Tiada siapapun teringin untuk diselingkuhkan.... tetapi hadirnya orang ke 3 telah  memusnahkan segalanya....

Apabila selingkuh itu berlaku kita tetap akan berasa bersalah.  Tetapi rasa bersalah itu sering kali ditutup dengan tawa ria, gurau senda dan kata - kata manja daripada dia.  Sering kali kita mengharapkan dia sebagai orang ketiga hadir di setiap penjuru waktu...  Tetapi dimanakah kita letakkan kedudukan " si dia" yang setia dengan kita di hati ini..  Pernahkah kita terfikir... walaupun berkasih dengannya sekian lama bahagia selalu tercipta..  Tetapi apabila hadirnya orang ketiga, kita menderhaka kepada 'dia' . Bicara manis tiada lagi tercipta antara kita dengan 'dia'. Mengapa terjadi begitu???????....  tepuk dada tanyalah diri.....

Bayangkan seandainya suatu hari nanti orang yang kita benar - benar sayang membuat kita seperti itu?? ..  Di situ barulah kita menyedari bagaimana perasaan 'DIA' sewaktu kita berselingkuhan dahulu.  Ya memang.. selingkuh memang indah bagi mereka yang tidak mengenal apa itu cinta sejati, apa itu rindu dan apa itu setia..  Tetapi bagi mereka yang percaya cinta itu adalah suci, kita tak mungkin akan mengkhianati sebuah kata yang bernama CINTA.

Dunia ini terlalu banyak godaan.  Hati kita yang lembut ini terlalu mudah menerima godaan itu.  Dalam bercinta  SETIA lah pada 'dia' seperti 'dia' yang setia kepada kita.  Seandainya dia pernah mengkhianati kita dengan selingkuh dengan yang lain janganlah kita mengkhianati CINTA.  Biarlah 'dia' mengkhianati cinta tetapi kita harus buktikan pada diri sendiri bukan kepada orang lain bahawa kita tidak akan sesakali mengkhianati sebuah CINTA.  Buktikan pada diri bahawa kita bukan PENGKHIANAT CINTA...

Ada sinar disebalik kesetiaan kita dan ada balasan disebalik selingkuhan kita.  Mungkin pada waktu ini kita tidak lihat sinar itu... Biarlah kita menangis kerana keselingkuhan dia...  Asalkan kita tak menangis kerana Pengkhianatan kita terhadap cinta...




betapa ku mengerti
sebagai selingkuhanmu
ku harus menjalani
ikatan yang tersembunyi
ku mencuba bertahan
mesti pun menyakitkan
tak menyesalkan sebuah sesal di hatiku

selama aku bisa
membuatmu bahagia
berpaling ku tak mungkin
singgahi hati yang lain

sebatas harapanku
mohon pengertianmu
baahwa ku ingin memilikimu...
seutuhnya
seiring berlalu
bergurunnya waktu
membuka rahsia
diantara kita
pastikan ada hati yang terluka
tak menerima semua kenyataan yang ada

namun selayaknya
perselingkuhan ini
yang lama ku lalui
menjadi tak bererti
semenjak ku merasa
harapmu sia - sia
hingga hati membuatmu tak berdaya

mungkin ku relakan untuk kau tingalkan
diriku disini...
haras mengakhiri
aku yang merasa
lelah dan menyerah
kerana tak selama selingkuh itu indah

biarkan cerita kita
terpisah adanya
bila memang kita
tak mungkin bersama selamanya......

(Merpati Band : Tak selamanya itu indah)






Percayalah .....
cinta itu akan indah bila ia digunakan dengan sebaiknya........

Wednesday 20 April 2011

aku bukan JELITA

Sememangnya aku bukanlah JELITA yang diingini oleh setiap jejaka tampan di luar sana.  Aku???? adalah aku. gadis yang dilahirkan bukan untuk menjadi JELITA.  Terima kasih mummy kerana aku dilahirkan bukanlah JELITA.  Jika aku JELITA, mungkin aku tidak menjadi seperti yang sedia ada ini.  Mungkin aku menjadi seorang Model bukan seorang GURU.  Ataupun mungkin juga akhlak hidup pun bel0m pasti ada baiknya.  Sering bertukar pasangan dan bangga dengan diri sendiri kerana rakan sekeliling sering memuji diri ini JELITA.  Itulah berlaku seandainya saya menjadi JELITA.  Tapi hakikatnya aku bukan JELITA.































ya.... ini membuktikan aku bukanlah JELITA... aku hanya sekadar gadis biasa.. Namun begitu..ku bahagia hidup sebagai gadis biasa yang tidak mempunyai rupa yang menawan hati setiap jejaka...  Bahagia hidup bukan kerana aku hendak menajdi JELITA... tetapi aku hanya inginkan kesempurnaan sahaja. Tidak lebih daripada itu.  Buat yang teristimewa terima kasih tidak terhingga kerana menerima aku dengan seadanya.  5 tahun bersama.. bahagia sering tercipta.  Buat mummy n daddy yang tercinta... terima kasih ku titipkan kerana aku dilahirkan tidak  JELITA.  

Tuesday 19 April 2011

NAK KURUS SANGAT!!!

NAK KURUS?
senang saja caranya.  makan apa sahaja apa yang kamu mahu.... hehehheh...
Dulu saya gemuk, berat saya pernah mencapai 52 kg.  Tak silap masa tu saya masih lagi tingkatan 3.  Tapi saya tak kisah dengan penampilan saya.  Bukan saya peduli pun diri gemuk ke tak.. SEBAB saya tak suka sangat nak bergaya sakan.  hahahaha....  Bapa selalu gelar saya TUKANG SAPU dulu....  mana tak nya... kalau ada lebihan lauk atau apa - apa saja sayalah yang  sapu bersih...ermmmmm.... 

Tapi entah dimana bermulanya saya hendak berdiet.  Saya dulu diet bukannya apa... sengaja suka - suka... dah tak ada keja.  Bukan sebab cinta saya diet.  First saya diet memang menyeksakan.  saya mula terfikir begitu menyeksakan hendak diet.  Tapi saya tetap teruskan diet saya..  Caranya, selama saya diet saya tak pernah makan ayam atau apa - apa sahaja yang mengandungi kandungan lemak yang banyak.  saya makan SAYUR sahaja.  pagi saya tidak makan.. saya just makan mee sahaja..  hanya waktu malam saja makan itupun hanya makan sikit nasi dan banyakkan makan sayur.  mula - mula memang seksa sangat.  tiap hari kena bersenam dalam rumah.  memang meletihkan... Oleh kerana niat hendak diet itu amat mendalam saya teruskan saja.  Akhirnya saya berjaya mengawal diet saya.  Tapi kesannya kepada saya begitu mendalam.  Seksa sepanjang masa kerana nak sangat Diet.  

NAK SANGAT DIET!!!!!
Kesan daripada diet, saya mengalami masalah yang sangat teruk.  masalah pertama, saya sukar hendak makan.  kalau saya makan saya mesti makan dalam kuantiti yang sedikit.  akibatnya tubuh badan saya semakin kurus sehingga pernah sekali berat badan saya mencecah 35kg!!!... teruk kan...  Nak sangat cantik tapi tubuh menjadi mangsa.  Tubuh saya ibarat seperti tengkorak hidup.  Ramai orang yang perasan tentang perubahan tubuh badan saya terutama sekali keluarga saya.  Melihat saya macam itu, mak saya telah membeli vitamin supaya saya makan.  Mahu muntah asyik makan vitamin sahaja.  Masalah lain yang timbul pula adalah, saya makan dalam kuantiti yang banyak tetapi apa yang saya makan tidak menbuat saya gemuk.  Malah makin kurus adalah.  Akhirnya langkah terakhir sekali mak saya buat adalah, hantar saya ke klinik.  Saya kena suntik vitamin.... sakit sangat.  doktor cakap saya badan saya sihat sahaja, cergas lagi tue... dia bukannya check sangat pun...  ohohohoho....   

Namun syukur, setelah mengalami pelbagai percubaan untuk badan kemabali seperti biasa akhirnya saya berjaya... Kini badan saya telah berisi daripada dulu...  walaupun tidak gemuk sangat tetapi saya berpuas hati dengan diri saya sekarang berbanding dulu.  sekarang berat badan saya just 42kg sahaja.  namun saya berpuas hati sangat dengan perkembangan itu.  

buat teman yang hendak sangat berdiet, hati - hatilah....  jangan sampai memudaratkan diri sendiri.  Benar bahwa kita diet hendak cantik tapi kesannya tidak akan kekal selamanya...