senang saja caranya. makan apa sahaja apa yang kamu mahu.... hehehheh...
Dulu saya gemuk, berat saya pernah mencapai 52 kg. Tak silap masa tu saya masih lagi tingkatan 3. Tapi saya tak kisah dengan penampilan saya. Bukan saya peduli pun diri gemuk ke tak.. SEBAB saya tak suka sangat nak bergaya sakan. hahahaha.... Bapa selalu gelar saya TUKANG SAPU dulu.... mana tak nya... kalau ada lebihan lauk atau apa - apa saja sayalah yang sapu bersih...ermmmmm....
Tapi entah dimana bermulanya saya hendak berdiet. Saya dulu diet bukannya apa... sengaja suka - suka... dah tak ada keja. Bukan sebab cinta saya diet. First saya diet memang menyeksakan. saya mula terfikir begitu menyeksakan hendak diet. Tapi saya tetap teruskan diet saya.. Caranya, selama saya diet saya tak pernah makan ayam atau apa - apa sahaja yang mengandungi kandungan lemak yang banyak. saya makan SAYUR sahaja. pagi saya tidak makan.. saya just makan mee sahaja.. hanya waktu malam saja makan itupun hanya makan sikit nasi dan banyakkan makan sayur. mula - mula memang seksa sangat. tiap hari kena bersenam dalam rumah. memang meletihkan... Oleh kerana niat hendak diet itu amat mendalam saya teruskan saja. Akhirnya saya berjaya mengawal diet saya. Tapi kesannya kepada saya begitu mendalam. Seksa sepanjang masa kerana nak sangat Diet.
NAK SANGAT DIET!!!!!
Kesan daripada diet, saya mengalami masalah yang sangat teruk. masalah pertama, saya sukar hendak makan. kalau saya makan saya mesti makan dalam kuantiti yang sedikit. akibatnya tubuh badan saya semakin kurus sehingga pernah sekali berat badan saya mencecah 35kg!!!... teruk kan... Nak sangat cantik tapi tubuh menjadi mangsa. Tubuh saya ibarat seperti tengkorak hidup. Ramai orang yang perasan tentang perubahan tubuh badan saya terutama sekali keluarga saya. Melihat saya macam itu, mak saya telah membeli vitamin supaya saya makan. Mahu muntah asyik makan vitamin sahaja. Masalah lain yang timbul pula adalah, saya makan dalam kuantiti yang banyak tetapi apa yang saya makan tidak menbuat saya gemuk. Malah makin kurus adalah. Akhirnya langkah terakhir sekali mak saya buat adalah, hantar saya ke klinik. Saya kena suntik vitamin.... sakit sangat. doktor cakap saya badan saya sihat sahaja, cergas lagi tue... dia bukannya check sangat pun... ohohohoho....
Namun syukur, setelah mengalami pelbagai percubaan untuk badan kemabali seperti biasa akhirnya saya berjaya... Kini badan saya telah berisi daripada dulu... walaupun tidak gemuk sangat tetapi saya berpuas hati dengan diri saya sekarang berbanding dulu. sekarang berat badan saya just 42kg sahaja. namun saya berpuas hati sangat dengan perkembangan itu.
buat teman yang hendak sangat berdiet, hati - hatilah.... jangan sampai memudaratkan diri sendiri. Benar bahwa kita diet hendak cantik tapi kesannya tidak akan kekal selamanya...
No comments:
Post a Comment